CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 22, 2012

Aku di semester 6....

Assalammualaikum...... ^_^
Alhamdulillah,sekarang dah pon hampir 3 tahun aku belajar untuk diploma.Setakat ini semuanya berjalan dengan lancar.Sekarang aku dah pun semester 6,insyaallah semester ini menjadi semester terakhir aku.Kalau hendak dikenang terlalu banyak kenangan manis aku sepanjang aku belajar 3 tahun ini.Ada kenangan manis dan ada kenangan pahit.Tetapi kenangan pahit yang pebih banyak daripada kenangan manis.Tak mengapa,semua itu mematangkan aku untuk aku meneruskan hidup aku di muka bumi dan juga sebagai seorang remaja yang baru nak meningkat dewasa.Orang selalu cakap zaman remaja merupakan zaman yang sangat mencabar.Aku harus banyakkan besabar dan redha.Apa yang terjadi semuanya sudah ditentukan oleh Allah,pasti ada hikmah dan kebaikkannya.Aku berharap aku selalu dibekalkan kekuatan untuk menghadapinya.Percayalah,Allah tak akan uji seseorang hambanya jika hambanya tak mampu untuk menghadapinya.Alhamdulillah,apa yang berlaku pada diri aku menjadikan aku semakin dekat denganNya.Aku bersyukur.
Alhamdulillah,pointer semester 5 aku naik dan dapatlah aku meneruskan pelajaran aku untuk semester akhir kat IKIP ni.Untuk semester 6 ini aku akan gandakan lagi usaha aku untuk mendapat keputusan yang lebih baik,insyaallah.Semester 6 ini aku dibekalkan dengan banyak assingment.Aku berjanji akan kutip sebanyak mungkin carry mark untuk membantu aku untuk final exam bulan 4 ini.Insyaallah,bulan 4 ini aku akan menamatkan semester 6 aku dan meninggalkan IKIP ni dan mulakan hidup baru di alam pekerjaan.Aku tak tahu nak kerja mana nanti sama ada di Kuantan? kat Muadzam Shah ni saja? atau aku akan merantau ke tempat orang? terpulang pada rezeki aku nanti,insyaallah.Aku bercadang time study week atau tengah final exam aku dah mula hantar resume untuk bekerja sebaik sahaja aku abis final exam.Aku nak kerja terus,tak nak melangu duduk kat rumah.Aku paling tak suka duduk kat rumah tanpa buat apa-apa.Aku nak kerja...nak kerja...!!
Katakan bila aku dah abis final exam aku masih belum dapat kerja yang agak bagus,aku akan kerja saja di mana-mana seperti di supermarket ke...di kedai2 at shoppingmall ke...cleaner ke,tak ada lah nanti aku duduk saja-saja di rumah..bosan.Sekurang-kurangnya aku dah ada pendapatan walau pun hanya kerja biasa-biasa.Inilah yang aku fikirkan sepanjang aku di semester 6 ni.Mahu habiskan belajar cepat-cepat dan ingin bekerja.Tengok orang bekerja macam best je.Tapi orang yang bekerja pula cakap belajar lagi best,selalu ada cuti.Tak pe,janji aku nak habiskan cepat-cepat belajar then aku nak kerja,kerja dan kerja.Kumpul duit banyak-banyak then bayar pinjaman Yayasan pahang cepat-cepat.Bila dah habis bayar aku ingat nak buat loan beli rumah pula..ehhh...rumah ke kereta ye yang penting dan perlu sekarang??? ada orang cakap rumah yang penting dulu,ada yang cakap kereta yang penting dulu...humm...confius sudaaaaaa...hehehe....tak apalah,kereta sekarang aku dah ada tapi kereta kancil tapi itu pun abah aku yang belikan bukan atas nama aku sepenuhnya.Tak apa,yang tu fikir kemudian...yang penting sekarang habiskan belajar dulu...okey?? hehehe....Assalammualaikum ^_^

No comments:

Post a Comment